SUPERSTAR bola sepak, Cristiano Ronaldo berdepan dengan pelbagai kritikan selepas tampil membuat isyarat lucah berikutan berakhirnya kemenangan 3-2 Al Nassr ke atas Al Shabab dalam perlawanan menarik Liga Pro Saudi pada Ahad.
Penyerang Portugal itu membuka jaringan dengan sepakan penalti pada minit ke-21 tetapi Al Nassr memerlukan gol daripada Talisca Brazil, yang menjaringkan dua gol, untuk menyelesaikan permainan dengan baki empat minit.
Selepas wisel penamat, video media sosial merakamkan Ronaldo menekup telinganya sebelum berulang kali mencengkam alat sulitnya.
Tindakan itu kelihatan seperti ditujukan kepada penyokong Al Shabab yang juga saingan Al Nassr.
Insiden itu, bagaimanapun, tidak dirakamkan oleh kamera televisyen.
Dalam masa sama, penganalisis sukan Arab Saudi berpendapat, Ronaldo harus dikenakan sekatan.
Tiada maklum balas rasmi dikeluarkan, namun, akhbar Saudi, Asharq al-Awsat melaporkan, Persekutuan Bola Sepak Kebangsaan (SAFF) telah membuka siasatan berhubung insiden itu.
"Jawatankuasa disiplin sedang berhadapan ujian besar ini. Kami akan tunggu dan lihat," kata Waleed Al Farraj, seorang penulis dan pengacara televisyen terkemuka Saudi, di platform media sosial X.
"Semuanya ada batasnya, tidak kira betapa terkenalnya anda. Beginilah liga utama."
Al Nassr, bagaimanapun, belum bersedia untuk memberi sebarang komen mengenai perihak Ronaldo itu.
Sebelum ini, Ronaldo yang berusia 39 tahun pernah menghadapi kritikan yang sama
Pada April tahun lalu, dia dirakamkan mencengkam kemaluannya ketika dalam perjalanan ke ruang istirahat selepas tamat perlawanan liga menentang Al Hilal di mana Al Nassr tewas 2-0.
Awal bulan ini, dia mengambil selendang Al Hilal yang dilemparkan kepadanya dari tempat duduk, memasukkannya ke dalam seluar pendeknya dan kemudian membuangnya ketika dia berjalan ke arah terowong selepas Al Nassr tewas 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Musim Riyadh.
Ronaldo, yang menyertai Al Nassr sebagai pemain bebas pada penghujung 2022, mendahului carta penjaring liga Saudi dengan 22 gol dalam 20 penampilan setakat musim ini.
Al Nassr berada di tempat kedua dalam jadual dengan 52 mata, empat mata di belakang Al Hilal, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan. – Reuters
Agensi
Mon Feb 26 2024
Cristiano Ronaldo berdepan dengan pelbagai kritikan selepas tampil membuat isyarat lucah berikutan berakhirnya kemenangan 3-2 Al Nassr ke atas Al Shabab dalam perlawanan menarik Liga Pro Saudi pada Ahad. - Gambar REUTERS
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 20 May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
Al-Nassr tangguh pertabalan kejuaraan Al-Hilal
Marcelo Brozovic menjaringkan dua gol ketika Al-Nassr mengatasi Al-Akhdoud 3-2 untuk melengahkan pertabalan kejuaraan Liga Pro Saudi Al-Hilal.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta
Mahkamah timbang tara arah Juventus bayar gaji tertunggak 9.8 juta euro kepada Ronaldo.
Ronaldo hampir tumbuk pengadil selepas terima kad merah
Ronaldo dilihat berang selepas diprovokasi pemain pertahanan Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi, hingga menyebabkan dia menyiku dada pemain tersebut.
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Cristiano Ronaldo ledak hatrik lagi
Ronaldo jaringkan hatrik kedua dalam tempoh empat hari ketika Al-Nassr menumpaskan lawan Liga Pro Saudi, Abha 8-0.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.